Omar al-Mukhtar bin Umar al-Minifi (1858-Barqah, Libya), ulama menjadi pahlawan.
Zaman moden kini, peperangan politik lebih jelas menonjol setiap hari. Persenjataan hanya digunakan setelah berakhir berbalah secara lisan. Pahlawan akan lahir apabila individu itu bebas dari ketakutan dan loba malah meninggalkan kesenangan dunia demi kebenaran dan keadilan.
TV Al Hijrah menyiarkan Filem Umar al Mukhtar- The Lion of the Desert (1981) arahan Mustapha Akkad baru-baru ini.
Umar al Mukhtar berperang melawan penjajahan Italia yang mempunyai tentera yang cukup kuat dengan senjata meriam, kereta perisai dan Mesin senapang. Tentera ini dilawannya dengan pasukan kecil yang beriman, tidak cukup senjata atau boleh dikatakan tidak mempunyai senjata. Melawan kapal terbang dengan kuda dan melawan meriam dengan pedang tetapi dia sanggup memberikan pukulan yang pahit terhadap tentera Italia. Tidak sesekali menyerah walaupun kekuatan menterinya sudah tidak ada lagi.
Kata-kata berbisa Umar al Mukhtar: "Kalau kiranya meriam dapat menghancurkan pedang ku, tetapi yang batil tidak bisa menghancurkan hakku!". Pada suatu kali, dia dalam sakit, deman dan sangat panas badannya, menggigil persendiannya lalu dia memerintahkan kepada pasukannya, supaya dia diikat dengan tali di atas punggung kudanya, supaya dia tetap ikut bersama mereka dalam medan pertempuran.
Setelah ditangkap dan tentera Italia menjatuhkan hukuman mati, dia tetap bersahaja dan senyum menerima hukuman yang tidak adil itu. Ada ketika hakim Italia menganjurkan supaya Umar al Mukhtar mengajukan permintaan maaf dan pasti membebaskan beliau, lalu dia menjawab dengan tegas dan penuh keberanian, katanya: "kalau seandainya kamu membebaskan aku, tentu aku akan kembali memerangi kamu"!
P/S : Apa beza dengan kenyataan Anwar tentang keputusan kes mahkamah yang bakal di ketahui pada 9/1. Dia boleh lari dari menerima hukuman yang tidak adil dengan lari ke Arab atau Turki, tetapi dengan berani, tetap mahu berdepan dengan kuasa yang zalim dan tidak adil demi menegak kebenaran.