Peristiwa selepas pembinaan Masjid Nabawi.
Suasana Subuh di Masjid Nabawi.
Safiyyah, anak perempuan Huayayy bin Akhtab (pembesar yahudi) bercerita. Dia merupakan anak kesayangan bapa dan bapa saudaranya, Yasir bin Akhtab.
Safiyyah berkata, "Setiap kali mereka melihat aku, pasti mereka memegang dan memelukku". Kedua-dua hadir dalam majlis pertemuan dengan Nabi Muhammad s.a.w. yang diaturkan oleh Abdullah bin Salam (orang yahudi pertama masuk Islam) untuk mengiklankan keIslamannya supaya menjadi hujah ke atas orang-orang yahudi yang lain.
Pada hari itu, aku datang kepada ayah dan bapa saudaraku. mereka tidak mengendahkan aku lagi. Mereka berdua sedih dan sugul. Pada masa itu, aku terdengar perbualan mereka.
Ayahku bertanya kepada bapa saudaraku, "Apakah dia orang yang disebut di dalam kitab Taurat"? Yasir berkata , "Benar, semua alamatnya tepat. Inilah dia orangnya". "Jadi kalau begitu apa yang engkau hendak lakukan, wahai Yasir"? Bapa saudaraku berkata, "Aku berazam akan memusuhiNya selama-lamanya".
P/S :Janganlah sekali-kali orang Islam cenderung kearah Yahudi.
No comments:
Post a Comment